Thursday, January 4, 2018

Alhamdulillah

Assalammualaikum. Ohaaaayooooo. hihi

So, good morning everyone hoho. Pagi ni agak mendung and nasib baik tak hujan sebab aku naik moto pergi kerja haha. wait whaaaaaaaaaaat? Kerja? HAHAHAH.

Okay, let the story begin. Syukur ke hadrat Illahi, aku finally dapat kerja! Ya Allah, sesungguhnya perancangan tuhan itu sangat teratur. Di saat aku sedang jatuh dan mula hilang semangat, dia dengar rintihan aku dan kutip aku serta titipkan semangat untuk aku. Allahu. Syukran wahai tuhan.

Memang betul orang kata, rezeki takkan pernah salah alamat. Aku actually kerja dekat syarikat ukur jugak which is kos yang aku belajar masa aku diploma. Allah. And the most thing is tu adalah first time aku bekerja tau. Aku sebenarnya rasa cam aku susah nak dapat kerja since aku tak pernah ada pengalaman bekerja. Bayangkan, 21 tahun fgs, I dont have any work experience. Tu pun sebab mak aku tak kasi aku kerja + aku takde transport. So, bende tu macam melimitkan pergerakan aku. Hey, even masa aku latihan industri pun, bapak aku yang hantar and ambil aku tau! HAHAHA kelakar bila aku teringat balik xD Thanks ayah sebab sudi hantar adik hihi padahal bapak aku kerja kot pagi XD.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Aku sangat bersyukur sebab tempat aku kerja hanyalah ambil masa dalam 2 minit dari rumah. Ha, btw aku dah pergi kerja naik motor akak aku hee since dia bawa kereta ayah aku pergi kerja. But, dia dah pindah ke Johor ikut suami yang terchinta, so.....her motor will be mine hahahahah.

And guess what, waktu lunch hour, aku balik rumah tau huhuhu since rumah aku sangat dekat. And aku sangat2lah bersyukur sebab officemates aku tersangatlah baik dan sportingggggggggg. Otak2 pun gila2 hahahahha so aku macam best kerja dekat sini. Ujian tu mestilah ada since lain orang lain ujiannya. So, kita hadap je la since ujian tu maksudnya Allah sayang pada kita hihi.

Okaylah, aku nak buat kerja ni. Berlambak gak kerja aku but aku nak keep calm myself before tenggelam ke dalam dunia pekerjaan. Adios and assalammualaikum!

p/s : Aku tengah batuk + selesema + hilang suara. Mungkin perubahan cuaca mungkin? Take care guys!

Tuesday, September 19, 2017

kabur

Assalammualaikum. Tengok tajuk pun dah tahu apa isi yang akan ada dalam bende ni.

To be honest, lately ni aku rasa aku sangat useless. Aku baru habis belajar, tapi aku malas nak cari kerja. Aku rela duduk rumah and tolong mak aku jaga budak. Padahal ptptn kena bayar bulan 11 ni lol. idk why, aku rasa macam lifeless. Bila mak aku suruh cari kerja, aku rasa sangat malas,takut dan seadanya. Aku seakan hilang arah. No motivation at all.

And yang paling worse bila aku ada terpikir 'lebih baik aku mati dari hidup di dunia cenggini'. Astagfirullah, aku macam hilang pedoman doh. Aku nak bagitahu mak aku, tp dia ni jenis yang asyik membebel je. Dia kata aku dengan dia sangat lain. Memang lain pun, haha.

Entahlah, aku rasa penat dengan permainan duniawi. Sampai aku terpikir, kenapa lah masa sebelum wujud di dunia, aku berebut2 nak ke dunia? kalau la aku tahu begini pengakhirannya, aku tak nak. Aku rasa macam hidup aku dah tak bermakna sebab aku dah kecewakan mak ayah aku.

oh Allah, aku perlukan pertolonganmu. Bantulah hambamu. Semoga aku kuat. Aaminn.